Road to Success with SHAKLEE

Road to Success with SHAKLEE
Road to Success with SHAKLEE

Thursday 4 August 2011

Kecewa..namun tahniah kpd penyokong Harimau Malaya!!





Hmm..dh lama x update My LoveBlog ni.Hehe..ari ni terasa nk share pasal Harimau Malaya yg kecewa ari tu.Biar lah dh lama berlalu..tp tetap hangat di hatiku.Seolah2 baru semalam game tu berlangsung...huhu..
Anyway..Aku turut menyertai rakyat Malaysia yg kecewa dengan kegagalan pasukan Harimau Malaya untuk menundukkan Singapura. Impian Malaysia utk layak ke pusingan ketiga Piala Dunia, tidak kesampaian. Kecewa yg amat sangat!! Tapi xpelah..tiada rezeki kita.huhu..Kita terpaksa tunggu lagi musim depan..InsyaAllah ada rezeki kita nnti.

 Harimau Malaya kecewa..


Moga kita dpt tebus kekecewaan itu suatu ari nnti..InsyAllah..

Aku rasa persembahan skuad negara di padang sendiri kali ini, begitu hambar. Tapi aku suka giler dgn prestasi goalkeeper kita, Khairul Fahmi Che Mat atau nama manja dia 'APEK"..hehe. Very2 superb!!Apek byk kali selamatkan gol kita drp dibolosi pihak lawan!!Two thumbs up ar beb!!Apek mmg hebat...walaupun dibelenggu masalah2 peribadi, namun dia dpt berikan komitmen n persembahan yg begitu cemerlang!!!x lupe juge buat Safee Sali..die pon hebat!!Rasa macam kita terlalu bergantung kepada penyerang Safee Sali dan penjaga goal, Khairul Fahmi. Player2 lain..kurang menyengat la..huhu..apa2 pon tahniah la kpd pasukan Harimau Malaya yg sudah sedaya upaya lawan pasukan Singapura. Aku juga masih meletakkan harapan kepada skuad negara untuk bangkit selepas ini. Bak kata Safee Sali, kekalahan itu merupakan satu pengajaran besar. Aku sangat setuju. Ia adalah ubat pahit yg diharap mujarab!!

 Kecekapan n kepantasan Apek menjaga gol..

Safee score 1 gol yg sgt cantek!!

Anyway, sekalung TAHNIAH kpd penyokong2 Harimau Malaya yg membanjiri Stadium Nasional, Bukit Jalil. Aku tabik spring aar pd rakyat Malaysia yg berikan sokongan yg mantop pada skuad negara kita!!Semangat mcm ni la yg kita mahu...Jumlah penonton melebihi 90,000 orang kot. Melalui laporan akhbar, ketika perlawanan bermula, masih ramai di luar stadium mengharapkan diberi peluang masuk walaupun tiket telah lama kehabisan. Para penyokong tanpa mengira kaum, jantina dan umur memakai jersi Harimau Malaya. Superb!!
 Lisa Surihani yg comel berjersi Harimau Malaya..heehe

 Para penyokong yg x putus2 memberi sorakan n sokongan yg mantop!!

Dulu aku tengok tak ramai yg bersemangat nak menyarungkan jersi Malaysia. Tapi skarang dh berubah. Rakyat Malaysia begitu bersemangat!! Sungguh...aku begitu terharu!! Terharu dengan semangat yg ditunjukkan oleh rakyat Malaysia. Aku yg hanya tgk melalui tv je merasa sebak bila tgk semangat patriotik rakyat Malaysia meluap-luap pada paras yg tinggi. Ketika mereka menyanyikan lagu Negaraku, darah terasa berderau dan perasaan syahdu mencengkam jiwa...huhu..terasa kelainan menyanyikan lagu Negaraku pd kali ni. Ku kira semua lantang melontar vokal tanpa segan silu. Negaraku bergema begitu kuat!! Terasa apa yg dialami itu seperti terapi jiwa menjadi warga Malaysia. I LOVE Malaysia so much!!


Rakyat Malaysia begitu mengharapkan
kemenangan jadi milik kita..

 Tabik rakyat Malaysia yg membanjiri Stadium Nasional..

Sokongan padu dr rakyat Malaysia..

Sepanjang perlawanan, sorakan penyokong tidak putus-putus kedengaran sambil kibar bendera dan menyanyikan lagu patriotik. Nyata..yang menjadi hero pada hari itu ialah rakyat Malaysia!! Tahniah kepada semua terutama mereka yang bersusah payah mengharungi kesukaran ke stadium. Penyokong kelab The Red Warrior pon turut membanjiri stadium tu..mereka konvoi 20 buah kereta. Hebat!! Mungkin detik-detik itu menjadi memori indah walaupun dikecewakan oleh pasukan kita sendiri. Walau apa pun..menang atau kalah, itu adalah perkiraan kedua. Yang penting sokongan padu kepada Malaysia..tanah tumpah darahku, adalah segala-galanya!! Semoga jersi Harimau Malaya yang mula menjadi fenomena, tidak akan lekang daripada hati kita. Malaysia owez dihatiku!! Peace!!

 Apek yg kecewa...huhu..tp xpe, kamu dh all out!!caya laa..

No comments:

Post a Comment